Friday, February 24, 2012

Ubah Diri:Part 1

Ini adalah suatu cerita. Bukanlah suatu artikel ilmiah. Tetapi setiap cerita yang baik ada nasihatnya. Itulah tujuan cerita, iaitu untuk mengajar.


Ubah Diri ialah suatu cerita teladan berunsur sedikit komedi dan sedikit cinta mengenai Adil, pemuda 20-an pemalu, menjadi pensyarah & penasihat pelajar di sebuah kolej.

(INT-OFFICE-DAY)

Pencerita:

"Adakah kamu suka dengan keadaan kamu sekarang. Adakah ini yang kamu kehendaki? Boleh seseorang mengubah diri seorang itu?

Ini adalah cerita seorang pemuda bernama Adil.Umur dalam lewat 20an, badan besar. Adil pendiam & pemalu, muka baikhati,muka tidak bersalah seperti kanak-kanak,selalu senyum, sopan-santun, dan segala perasaan dan fikiran jelas nampak di mukanya, sangat kreatif seperti seorang kanak-kanak, comel macam kanak-kanak. Apabila semakin tua dia disangkakan akan berubah. Tuhan memberi peluang untuk berubah.

Adil pada masa ini bekerja sebagai seorang jurutera. Pada masa ini. Dia fikirkan dia akan bekerja sebagai jurutera untuk selamanya. Dia fikirkan. Masa boleh berubah, manusia berubah, fikiran berubah. Tuhan tentukan semuanya.

Adil tak suka kerjanya. Tapi ia membuat ibubapanya bahagia. Pada fikirannya sekiranya ibubapanya bahagia dia pun bahagia. Adil berbeza daripada orang lain. Dia rela lihat kebahagiaan dan kejayaan orang lain. Suatu yang jarang ditemui dan suatu yang tidak dititikberatkan dalam masyarakat. Terutama dalam masyarakat yang diajar untuk mementingkan diri sendiri.

Pada fikirannya adakah salah untuk mementingkan kebahagiaan orang lain, kebahagiaan manusia sejagat, daripada kebahagiaan diri sendiri."

(INT-DEWAN HOTEL-NIGHT)

Pencerita:

"Kehidupan berubah bergantung kepada siapa kita bertemu. Syarikat yang Adil bekerja menaja suatu makan malam di hotel bagi sebuah kolej swasta. Kolej KLIUC menganjurkan suatu pertandingan di kalangan pelajar. Makan malam tersebut adalah sempena pertandingan tersebut"

Adil menjejak masuk ke dewan hotel tersebut. Dia bersendirian dan keliru, tetapi excited. Penaymbut tetamu menunjukkan ke meja Adil.

Adil duduk di tempatnya seorang diri di suatu meja.

Pencerita:

Sambil Adil duduk di tempatnya, dia menyerap suasana. Suasana yang dah lama di tinggalkan di zaman universiti dulu. Disebabkan selalu memikirkan kerja, dia lupa ada bermacam-macam untuk dialami. Dia melihat,mempelajari,merasa suasana sekelilingnya.

Di saat itu pandangan Adil jatuh kepada seorang yang menarik dan luar dari kebiasaan. Seorang yang dengan satu pandangan boleh menarik perhatiannya. Seorang yang sama sepertinya tetapi lain daripadanya. Adil tidak tahu pandangan itu akan, ubah Adil untuk selama-lamanya...