Sunday, July 26, 2009

Opening Night Pementasan Lorong Blues





Tak sangka. Pada tahun lepas tak sangka yang saya akan ada di sana. Pada malam 24/7/09 ialah kali pertama menonton pementasan di Stor Teater DBP. Bidang teater merupakan suatu yang baru bagi saya. Walaupun saya sebahagian dari krew produksi kumpulan teater STEFANI bagi pementasan Lorong Blues, saya baru saja mendalami bidang seni tersebut pada tahun ini. Banyak yang ku pelajari, ramai yang ku kenali. Setiap pengalaman adalah unik dan menarik. Mungkin saya akan tulis tentang bidang teater ini. " Itu mungkin saja"...satu line dari skrip Lorong Blues. Tahniah kepada pengarah, pelakon, dan krew. Terima kasih kepada para hadirin yang menyaksikan pementasan.

Friday, July 24, 2009

TEATER STEFANI: LORONG BLUES



Malam ini ialah opening night untuk pementasan arahan Pn. Hajah Fauziah Nawi bertajuk Lorong Blues. Tempahan tiket untuk opening night sudah pun SOLD OUT. Untuk tempahan tiket sila lihat maklumat di bawah.

PERSEMBAHAN " LORONG BLUES " BERMULA 24 JULAI 2009 - 7 OGOS 2009...
KARYA DAN ARAHAN PN. HAJAH FAUZIAH NAWI
BERTEMPAT DI STOR DBP
WAKTU 9:00PM-10:30PM
TIKET RM30.00 (DEWASA)
RM20.00 (STUDENT)

Rm4,000.00 per nite ++ refreshment ( 80 orang )

UNTUK TEMPAHAN 1 MALAM = RM4,000.00 ++ REFRESHMENT

PERTANYAAN : 012-6170697 (FARAH)
012-2429621 (CHIE)

EMAIL: sanggarstefani@gmail.com
ifarahahmad@yahoo.com

Monday, July 20, 2009

Teater Fauziah Nawi : Lorong Blues



Sanggar Teater Fauziah Nawi (STEFANI) akan mementaskan teater bertajuk Lorong Blues.

TAJUK: LORONG BLUES
TARIKH: 24HB JULAI - 7HB OGOS 2009
TEMPAT: STOR TEATER DBP
TIKET: RM30 (DEWASA)
RM20 (PELAJAR)

-Sinopsis:Beberapa watak bersembunyi dari polis di suatu lorong, setiap watak mempunyai cerita mereka tersendiri.
-Berbeza dari persembahan di Istana Budaya, pementasan ini membolehkan penonton duduk sangat dengan pentas.
-Setiap persembahan dihadkan kepada 80 orang, jadi ia lebih esklusif.

Tuesday, July 14, 2009

Bank Skrip Persatuan Karyawan Malaysia

Persatuan Karyawan Malaysia baru saja melancarkan bank skrip bagi menyenangkan para penulis skrip menjual skrip mereka serta melindungi skrip mereka dari diciplak. Berikut adalah beberapa kelebihan bagi penulis skrip memasukkan dalam bank skrip:

-Tempat menyimpan hasil karya skrip/skrin yang selamat, murah, sistematik dan berkesan.

-Tempat rujukan bagi tujuan perundangan, perundingan dan pemasaran.

-Tempat yang membantu memasarkan hasil karya skrip/skrin secara global.

-Tempat yang bakal menjadi bahan rujukan dan jualan hasil karya skrip/skrin.

-Tempat di mana setiap hasil karya skrip/skrin di pamirkan secara global. (Hanya Tajuk, Genre, Tag Line Dan Log Line akan di pamirkan, proposal & Skrip Penuh hanya akan diberikan setelah mendapat kebenaran Penulis Skrip/Skrin terlebih dahulu)

-Tempat menyimpan hasil karya dan akan di gunapakai oleh penghasil karya sebagai bahan bukti bilamana terdapat permasalahan perundangan, keraguan hasil karya atau,dan ciplak hasil karya.

Setiap skrip yang didaftarkan dikenakan bayaran RM10. Untuk keterangan lanjut sila layari laman web Bank Skrip Persatuan Karyawan Malaysia di http://karyawan.com.my/bps/. Sempena dengan pelancaran Bank Skrip, Persatuan Karyawan akan mengadakan Bengkel Satu Hari Asas Penulisan Skrin pada bulan Ogos. Kepada siapa berminat untuk menyertai bengkel tersebut sila hubungi saya di email ini: azhar.b.azmi@gmail.com.

Tuesday, June 2, 2009

Cerita Pendek: Si Jutawan & Si Penulis

Berikut adalah suatu cerita teladan yang aku tulis.


Si Jutawan & Si Penulis


Pada suatu hari, hidup dua rakan berjiran. Satu ialah seorang jutawan dan satu lagi ialah seorang penulis. Si jutawan berkerja keras untuk mengumpul duit sehingga dia berjaya mendapat gelaran jutawan. Si penulis mempunyai duit tidaklah banyak sangat. Dia juga berkerja keras, tetapi untuk mendapat gelaran penulis.

Suatu hari kedua -dua mereka rumahnya dirompak. Separuh dari harta Si jutawan dirampas perompak. Si penulis pula, hampir semua hartanya diambil. Hanya cukup untuk hidup sahaja.

Beberapa hari selepas kejadia tersebut mereka berjumpa. Si penulis melihat Si jutawan lebih sedih dari dirinya.

Si Penulis:

Wahai kawan, kenapa kamu teramat bersedih dari aku.


Si Jutawan:

Kenapa tak sedih, separuh harta aku diambil.


Si Penulis:

Kenapa perlu sedih, separuh sejuta pun masih banyak lagi. Aku pula, hampir semua harta aku diambil.


Si Jutawan:

Aku bekerja keras untuk harta itu. Sekelip mata hilang begitu sahaja. Ada suatu benda yang teramat berharga diambil dari aku, yang tidak diambil dari kau.


Si Penulis:

Apakah itu?


Si Jutawan:

Gelaran. Engkau masih lagi ada gelaran penulis. Aku... aku hanya bergelar bekas jutawan.


Si Penulis memahami kenapa dia tidak sesedih Si (bekas) Jutawan. Hanya dirinya sendiri berhak menentukan samada dia penulis. Pangkat, jawatan dan darjat boleh ditarik balik bila-bila masa. Harta boleh hilang dalam sekelip mata. Cerita seorang penulis dapat kekal lamanya. Wang dan harta tidak boleh dibawa ke kubur, tetapi perbuatan, jasa, dan amalan kita akan sentiasa disisi kita di mana jua.

Tamat.

Azhar Azmi

Saturday, May 16, 2009

Kesan Filem kepada Masyarakat

Banyak kritikan terhadap filem seperti Bohsia, Rempiit dan lain-lain. Ini membuatkan aku risau untuk menulis skrip. Setiap ayat, setiap perkataan, setiap huruf mempunyai pengaruh yang besar terhadap masyarakat. Adakah skrip yang aku tulis akan menyebabkan seseorang itu dipenjara? seseorang itu cedera? seseorang itu meninggal dunia? Kuasa yang ada pada penulis skrip lebih besar daripada Perdana Menteri. Walaupun niat untuk membuat kritikan sosial, tetapi bagi setengah orang ia dianggap lain. Macam aku tengok cerita perang seperti Platoon dan lain-lain. Masa kecil seronok tengok aksi peperangan. Tetapi bila dah dewasa aku sedar rupanya ia menunjukkan kesan negatif peperangan.

Tuesday, May 5, 2009

Ujibakat Pilih Kasih

Pilih Kasih ialah rancangan realiti Rosyam Nor untuk mecari bakat-bakat baru dalam bidang lakonan. Ujibakat telah diadakan di Plaza Alam Sentral Shah Alam pada 3hb Mei 2009.

Sekali lagi saya mengikut kawan-kawan ke ujibakat rancangan realiti. Melihat kawan-kawan bersemangat untuk ujibakat saya juga terikut-ikut. Pukul 8 pagi kami dah ada kat sana. Saya ambil keputusan untuk ujibakat sekali. Tetapi bila dah beratur panjang-panjang. Bila dah beli kad i-Talk (orang yang masuk ujibakat kena beli kad i-Talk, taktik buat duit). Bila beratur dah hampir sampai ke kaunter pendaftaran. Bila dah baca senario yang perlu dilakonkan. Barulah saya ingat, saya ni bukanlah seorang pelakon dan terus keluar dari barisan yang panjang itu.

Aku seorang penulis. Hidup yang high profile sebagai pelakon bukanlah hidup aku. Aku cuma ke sana untuk mencari inspirasi menulis. Untuk merasakan suasana ujibakat, untuk merasakan semangat para pelakon, untuk merasakan perasaan para pelakon menghadapi ujibakat, untuk mengetahui apa yang membuat mereka memilih impian tersebut. Mungkin aku akan menulis mengenai bidang ini. Menulis apa disebalik suatu lakonan itu.

Sebagai seorang penulis, saya boleh ada lagi kehidupan biasa. Walaupun kehidupan itu membosankan. Di luar bidang penulisan skrip dan lakonan, hanya 1-2 orang tahu yang aku seorang penulis. Semua orang kenal pelakon, tetapi siapa kenal penulis.