Sunday, March 25, 2012

Chronicle review filem

Filem ini saya rasakan kurang popular. Bagi sesetengah orang, seperti saya, ia boleh dikatakan movie yang sangat best. Kemungkinan sebab watak utama seperti saya. Movie ini menanyakan kita " Sekiranya anda ada superpower apakah anda akan buat?" Dengan adanya superpower adakah semua masalah anda akan terselesai. Atau masalah semakin meningkat. Dalam movie ini watak utama, Andrew bersama dua rakannya menjumpai suatu objek yang memberikan kuasa yang hebat. Apakah yang kamu akan buat dengan kuasa itu. Andrew dipukul buli, didera bapanya,dipermain kawan-kawannya,miskin,ibu sakit tenat. Dengan semua keadaan itu, adakah kamu gunakan kuasa macam superhero atau gunakan untuk selamatkan diri atau lawan balik."WHEN THE WORLD DOES NOT LOVE YOU. YOU DO NOT LOVE THE WORLD. AND SO DESTROY THE WORLD"

Friday, February 24, 2012

Ubah Diri:Part 1

Ini adalah suatu cerita. Bukanlah suatu artikel ilmiah. Tetapi setiap cerita yang baik ada nasihatnya. Itulah tujuan cerita, iaitu untuk mengajar.


Ubah Diri ialah suatu cerita teladan berunsur sedikit komedi dan sedikit cinta mengenai Adil, pemuda 20-an pemalu, menjadi pensyarah & penasihat pelajar di sebuah kolej.

(INT-OFFICE-DAY)

Pencerita:

"Adakah kamu suka dengan keadaan kamu sekarang. Adakah ini yang kamu kehendaki? Boleh seseorang mengubah diri seorang itu?

Ini adalah cerita seorang pemuda bernama Adil.Umur dalam lewat 20an, badan besar. Adil pendiam & pemalu, muka baikhati,muka tidak bersalah seperti kanak-kanak,selalu senyum, sopan-santun, dan segala perasaan dan fikiran jelas nampak di mukanya, sangat kreatif seperti seorang kanak-kanak, comel macam kanak-kanak. Apabila semakin tua dia disangkakan akan berubah. Tuhan memberi peluang untuk berubah.

Adil pada masa ini bekerja sebagai seorang jurutera. Pada masa ini. Dia fikirkan dia akan bekerja sebagai jurutera untuk selamanya. Dia fikirkan. Masa boleh berubah, manusia berubah, fikiran berubah. Tuhan tentukan semuanya.

Adil tak suka kerjanya. Tapi ia membuat ibubapanya bahagia. Pada fikirannya sekiranya ibubapanya bahagia dia pun bahagia. Adil berbeza daripada orang lain. Dia rela lihat kebahagiaan dan kejayaan orang lain. Suatu yang jarang ditemui dan suatu yang tidak dititikberatkan dalam masyarakat. Terutama dalam masyarakat yang diajar untuk mementingkan diri sendiri.

Pada fikirannya adakah salah untuk mementingkan kebahagiaan orang lain, kebahagiaan manusia sejagat, daripada kebahagiaan diri sendiri."

(INT-DEWAN HOTEL-NIGHT)

Pencerita:

"Kehidupan berubah bergantung kepada siapa kita bertemu. Syarikat yang Adil bekerja menaja suatu makan malam di hotel bagi sebuah kolej swasta. Kolej KLIUC menganjurkan suatu pertandingan di kalangan pelajar. Makan malam tersebut adalah sempena pertandingan tersebut"

Adil menjejak masuk ke dewan hotel tersebut. Dia bersendirian dan keliru, tetapi excited. Penaymbut tetamu menunjukkan ke meja Adil.

Adil duduk di tempatnya seorang diri di suatu meja.

Pencerita:

Sambil Adil duduk di tempatnya, dia menyerap suasana. Suasana yang dah lama di tinggalkan di zaman universiti dulu. Disebabkan selalu memikirkan kerja, dia lupa ada bermacam-macam untuk dialami. Dia melihat,mempelajari,merasa suasana sekelilingnya.

Di saat itu pandangan Adil jatuh kepada seorang yang menarik dan luar dari kebiasaan. Seorang yang dengan satu pandangan boleh menarik perhatiannya. Seorang yang sama sepertinya tetapi lain daripadanya. Adil tidak tahu pandangan itu akan, ubah Adil untuk selama-lamanya...

Saturday, September 12, 2009

Cerita Komedi Slapstik Pendek Aku

Walaupun pada hakikatnya saya ingin menghasilkan suatu karya yang sirius, membuat penonton berfikir, melihat dunia dari perspektif berbeza, menyentuh jiwa, suatu yang unik, suautu yang realiti tetapi fantasi,suatu yang mengubah hidup, menjadi inspirasi, suatu simbolik,realis tetapi dramatik, suatu titik keinsafan.

Bila dah ada nama tu, oklah. Biasalah, kalau kenal orang dalam baru boleh senang jual cerita. Sekarang ni aku buat dulu cerita slapstik komedi. Semua jenis genre nak kena tahu buat. Nak hidup, beb.

Tuesday, August 11, 2009

Bengkel Penulisan Skrip 15 Ogos 2009

Bengkel Dari Idea ke Skrin

Ketahuilah cara membaca skrin, asas skrip TV,watak skrin dan memasarkan skrip TV

Masa: 9pg - 5 ptg, Sabtu 15 Ogos 2009
Bayaran: RM10-bukan ahli, percuma-ahli Persatuan Karyawan Malaysia
Pemudahcara: Radhi Khalid, Mat London, Ambiaq & Major Zainal

Peluang untuk mendaftar sebagai ahli Persatuan Karyawan Malaysia dan mendaftarkan skrip anda dalam bank skrip Persatuan Karyawan Malaysia.

Sila mendaftar dengan menghubungi Persatuan Karyawan Malaysia di 03-79552967

Wednesday, July 29, 2009

Filem Sains Fiksyen Sirius- District 9, Coming Soon

Filem sains fiksyen yang sirius kurang mendapat sambutan kalau dibandingkan dengan yang mementingkan aksi. Filem District 9 yang akan mula ditayangkan 14 Ogos 2009, boleh diklasifikasi sebagai sains fiksyen. District 9 mengandungi jalan cerita yang agak unik iaitu sekelompok makhluk asing menjadi pelarian di bumi. Dari apa yang boleh didapati dari web filem ini boleh dikelaskan sebagai sains fiksyen sirius. Mungkin ia membincangkan isu semasa dalam bentuk sains fiksyen. Ini berbeza dengan filem yang terlalu lebihkan kepada aksi seperti Terminator Salvation dan Transformers Revenge of the Fallen. Filem ini mungkin sama dengan filem Knowing yang baru ditayangkan tahun ini.

Filem sains fiksyen sirius mengajak anda berfikir. Ia boleh jadi suatu kritikan sosial atau suatu falsafah. Mungkin ia suatu isu yang realiti ditopengkan dengan sains fiksyen. Konfliknya bukan saja fizikal tetapi juga mental. Seperti dalam filem Gattaca, patutkah manusia menggunakan kejuruteraan genetik. Dalam Jurassic Park, patutkah dinosour dihidupkan semula. Dalam Matrix, patutkah anda hidup normal dalam dunia matrix atau menjadi bebas tetapi dalam dunia peperangan. Kesudahannya memberi jawapan kepada semua persoalan.

District 9 official website: www.district9movie.com/

Tuesday, July 28, 2009

DARI IDEA KE SKRIN : Bengkel Kaedah Asas Menulis & Memasarkan Skrip TV

DARI IDEA KE SKRIN
Bengkel Kaedah Asas Menulis & Memasarkan Skrip TV

TARIKH
15 Ogos 2009

MASA
9.00 pagi - 5.00 petang

BAYARAN
RM10.00

TEMPAT
BALAI SENI LUKIS NEGARA
2 JALAN TEMERLUH, TITIWANGSA, 53200, KL

PENYERTAAN
TERBUKA KEPADA SEMUA YANG BERMINAT MENULIS SKRIP
(BERPENGALAMAN ATAU TANPA PENGALAMAN)

OBJEKTIF
MEMAHAMI APA ITU SKRIP/SKRIN
MEMBEZAKAN PENULIS BIASA DENGAN PENULIS SKRIP/SKRIN
MENTERJEMAH IDEA KE VISUAL
LANGKAH DEMI LANGKAH MEMASARKAN SKRIP MELALUI INTERNET
MENGABUNGKAN SEMUA PENULIS SKRIP DALAM SATU BUMBUNG

BERMINAT SILA HUBUNGI
PERSATUAN KARYAWAN MALAYSIA
NO.60 JALAN 19/3,
46300 PETALING JAYA
SELANGOR
(T) 03-79552967 (F) 03-79573546


MAKLUMAT LANJUT, SILA LAYARI :
http://karyawan.com.my/index.php?option=com_content&view=section&layout=blog&id=15&Itemid=84

Sunday, July 26, 2009

Opening Night Pementasan Lorong Blues





Tak sangka. Pada tahun lepas tak sangka yang saya akan ada di sana. Pada malam 24/7/09 ialah kali pertama menonton pementasan di Stor Teater DBP. Bidang teater merupakan suatu yang baru bagi saya. Walaupun saya sebahagian dari krew produksi kumpulan teater STEFANI bagi pementasan Lorong Blues, saya baru saja mendalami bidang seni tersebut pada tahun ini. Banyak yang ku pelajari, ramai yang ku kenali. Setiap pengalaman adalah unik dan menarik. Mungkin saya akan tulis tentang bidang teater ini. " Itu mungkin saja"...satu line dari skrip Lorong Blues. Tahniah kepada pengarah, pelakon, dan krew. Terima kasih kepada para hadirin yang menyaksikan pementasan.