Friday, January 23, 2009

Filem Cereka Sains Fiksyen/Drama :Kawan-kawan Pak Akir (Part 1)

Kawan-kawan Pak Akir ialah filem cereka bergenre Sains Fiksyen/Drama yang mengisahkan Khair, remaja lelaki 14 tahun remaja yang lari dari rumah setelah mendapat keputusan rendah, bertemu dengan seorang lelaki tua dipanggil Pak Akir yang mencipta kawan-kawan robot untuk menemani dirinya.

Aku sedang menulis skrip ini. Harap beri komen.

EXT.JALAN KAMPUNG-DAY

Hari mendung dan semakin gelap, awan hitam bergerak menutup matahari. Khair, remaja lelaki 14 tahun memikul beg galas berdiri di tengah-tengah suatu jalan kampung yang sunyi. Di kiri dan kanannya ialah semak-samun. Khair mendongak ke atas risau di mana dia akan mencari tempat berteduh. Dia menoleh ke belakang, semakin menyesal keputusannya untuk lari dari rumah.

Satu titisan hujan jatuh ke permukaan jalan. Diikuti pula beberapa titisan lain. Tiba-tiba terbunyi kucing bermeow. Khair memandang ke bawah untuk melihat seekor kucing di kakinya. Khair senyum sambil menggosok badan kucing tersebut.

Kucing itu lari ke suatu lorong jalan dan berhenti. Ia memandang ke arah Khair dan bermeow seolah-olah ia suruh Khair ikutnya. Khair mengambil keputusan untuk mengekorinya. Selepas beberapa minit mengejar kucing itu, maka terjumpa suatu papan tanda bengkok dan buruk yang ditulis "SURAU" dan ditunjukkan arah surau tersebut.

Hujan turun dengan renyai-renyai. Khair menoleh ke arah kucing kembali. Kucing itu seolah-olah menunggu Khair untuk mengikutinya. Akhirnya kucing itu sampai ke sebuah surau.

Khair terhenti memeriksa keadaan surau yang kelihatan lebih kepada masjid, dengan saiznya besar dan dihias cantik. Kucing telah mehilangkan diri. Khair melangkah masuk ke dalam surau yang sunyi.

EXT.SURAU-DAY
Khair bersila bersandar ke dinding surau, lega mendapat tempat untuk berteduh dari hujan. Mukanya yang basah disapu tuala dari begnya sambil melihat hujan yang semakin lebat melalui tingkap surau.

KHAIR (VO)
Patutkah aku buat begini? Patutkah aku lari?

Ingatannya kepada apa yang berlaku sebelum ini. Sebelum dia melarikan diri. Matanya semakin berat penat dari berjalan jauh.

FLASHBACK TO:

To be continued.

Hakcipta terpelihara. Memandangkan ia cerita sains fiksyen drama kebarangkalian orang nak ciplak skrip ini adalah rendah. Ia memerlukan kos yang tinggi, dan penonton di Malaysia kurang minat genre ini, dan lebih gemar cerita cinta, komedi, atau hantu (pada pendapat sayalah).

Cerita ini boleh dikelaskan dalam genre yang sama seperti filem AI, DARRYL, SIMONE, Bladerunner.

2 comments:

Wira Kanta said...

Pembukaan cerita anda tidak menampilkan dirinya sebagai sebuah fiksyen sains yang menarik. Apa istimewanya Pak Akir yang mempunyai robot-robot sebagai teman? Saya jangka anda mungkin nanti menulis Pak Akir sebagai pakar robotik yang menghilangkan diri dan mencipta robot-robot sebagai temannya untuk mengisi kesunyiannya. Cerita begini tidak lagi sesuai dengan generasi Malaysia yang serba boleh dan terbuka mindanya. Saya cadang anda sertai bengkel cereka/fiksyen sains dan teknologi anjuran UTM dan Kumpulan Utusan yang diadakan di seluruh negara sempena Sayembara Cereka Sains & Teknologi. Semalam (31 Jan 2009) bengkel telah dijalankan di JB. 7 Feb ini di KL. Saya pasti jalan cerita anda akan jadi lebih baik dan anda boleh sertai sayamebara berkenaan yang menawarkan hadiah yang lumayan.

azure said...

Terima kasih banyak2 kerana komen anda.Ya betul pembukaannya agak lemah dan kurang menangkap penonton. Ia lebih kepada drama. Pada mulanya saya nak buat watak utama berjumpa dengan kucing yang boleh bercakap. Ya, kucing itu sebenarnya robot. Saya rasa itu lebih menangkap. Jangkaan anda separa betul, tetapi cerita ini berkaitan Khair, bukannya Pak Akir. Tema cerita ini ialah kita patut didik dan ajar anak kita supaya berjaya. Tetapi apakah dimaksudkan kejayaan itu? Cerita ini ialah cerita sedih yang banyak inspirasinya dari cerita-cerita Philip K. Dick. Seperti cerita sains fiksyen yang lain, ending adalah yang terpenting, dan menerangkan tema dengan jelasnya. Saya akan cuba join bengkel penulisan tu, tetapi bulan ni banyak sertai bengkel di FINAS. Saya akan revised cerita ni, datanglah lagi untuk komen. Terima kasih.