Saturday, April 25, 2009

Review Teater Mahsuri



Tarikh : 24 - 30 April 2009
Masa : 8.30 Malam
Tempat: Panggung Sari, Istana Budaya
Harga Tiket: RM30, RM50, RM70 & RM100

SINOPSIS
Mahsuri gadis cantik kelahiran Langkawi, dara pingitan Pandak Mayah dan Cik Alang. Cantik jelitanya menjadi buah mulut dan kecemburuan terutamanya kaum wanita. Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan, iaitu Wan Darus, adik kepada wakil Sultan di Langkawi, Wan Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.

Hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Darus keluar meninggalkan Langkawi untuk berperang dengan tentera Siam. Sepeninggalan beliau, Mahsuri tinggal bersama ibu bapanya. Deramang, seorang kembara telah singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi dan ibu bapa Mahsuri, sehingga mempelawa Deramang tinggal dirumahnya. Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, kakak iparnya...

REVIEW
Ini first time buat review untuk teater, setelah baru-baru ini diperkenalkan kepada seni teater oleh kawan-kawan dari kumpulan Teater Stefani. Best juga cite ni, mula-mula agak slow, bahagian tengah-semakin semakin rancak. Bahagian awal lebih kepada adegan-adegan komedi. Banyak scene action silat. Scene bilik tidur pun ada, tapi pandai cover. Skill lakonan agak baik, lebih baik dari TV. Memang orang kata pelakon teater lagi pandai berlakon dari pelakon TV. Lakonan Vanidah Imran bagus terutama dekat-dekat ending. Kesimpulannya best (mungkin sebab ini first time tengok teater kat IB). Recommended 4/5 stars.

1 comment:

Unknown said...

Boleh buat kisah animation cartoon supaya anak cucu kita boleh faham