Sunday, September 7, 2008

Siapakah penonton?

Saya memperhatikan penonton untuk suatu jenis filem adalah berbeza. Saya rasa dua cabang besar dalam filem ialah antara Art dan Commercial. Saya minat kedua-duanya. Tetapi saya kurang berpeluang untuk melihat banyak Art filem (susah nak cari kawan yang sanggup teman saya lihat art film) Saya nampak Art film ialah lebih kepada diri sendiri, untuk ekspress idea sendiri. Mereka yang meminatinya kebanyakannya adalah daripada bidang seni (mungkin saya tersilap). Commercial film adalah lebih untuk umum. Art film ialah untuk diri sendiri, commercial film pula adalah untuk penonton. Penonton ialah raja; dan mestilah menurut perintahnya walaupun tak sudi. Tetapi Commerical film dapat mempengaruhi lebih ramai orang. Ini dapat menyebabkan idea dan mesej pengarah yang diselitkan dalam filem tersebut tersebar luas. Pendapat saya, lebih baik kalau ada kedua-dua ciri-ciri art dan komersial dalam filem.

Apakah blog ini?

Ini adalah tempat saya ekspress idea, kritikan dan analisa saya terhadap filem, siri TV, dan animasi. Boleh melibatkan pembikinan, penulisan, lokanan, atau industri secara keseluruhan. Saya tak lah ada belajar tentang filem, so ia cuma dari sudut penonton sahaja (saya rasa pendapat penonton adalah sangat penting). Harap ia membantu anda.