Saturday, November 29, 2008

KL International Film Festival di GSC (Masuk Percuma)

Pada 26 November hingga 30 November 2008 berlangsung KL International Film Festival. Diadakan di GSC MidValley dan GSC Pavillion. Filem-filem dari seluruh dunia ditayangkan secara percama. Ada filem dari Korea, Jepun, Iran dan lain-lain. Cuba tonton filem yang berbeza. Mungkin anda menyukainya. Filem-filem ini bukannya diadaptasi daripada komik, kartun, game, buku , atau movie yang dikeluarkan sebelumnya, seperti kebanyakan filem sekarang. Ini adalah original. Buka Minda Anda.Sila klik jadual tayangan dibawah.

Jadual Tayangan KLIFF 2008

Wednesday, November 26, 2008

Filem Perang Kapal Selam

Bayangkan anda dalam kapal selam. Ruang tempat tinggal kecil. Tak nampak matahari. Berbulan-bulan dalamnya. Sentiasa diburu musuh. Antara filem kapal selam ialah Crimson Tide, Hunt for Red October, Das Boot,U-571.

Crimson Tide adalah filem perang yang bersenario peperangan moden. Ia dibintangi Denzel Washington dan Gene Hackman. Kedua-dua watak merupakan pegawai atas suatu kapal selam , dan kedua-dua ni tak ngam antara satu sama lain. Keadaan menjadi teruk bila mereka menerima arahan untuk melancarkan peluru berpandu nuklear. Selepas menerima arahan itu tiba-tiba komunikasi terputus.

Cerita ini sangat dramatik dengan lakonan hebat oleh kedua-dua pelakon veteran ini.
(Recommended-4/5)

Das Boot, pula ialah filem Jerman yang dialih bahasa. Ia mengisahkan seorang pegawai yang menyertai krew kapal selam Perang Dunia Kedua. Ia menunjukkan keperitan kehidupan dalam kapal selam. Ceritanya agak sedih terutama dekat-dekat ending.
(Recommended-5/5)

Sunday, November 23, 2008

Filem Anti-Perang

Filem Anti-Perang ialah nampak macam cerita perang tetapi ia yang anti-perang. Antara cerita-cerita dalam kategori ini ialah Platoon, Full Metal Jacket, Casualties of War,Apacolypse Now,First Blood (cerita Rambo pertama),All Quiet On The Eastern Front, Das Boot, dan Johnny Got His Gun (Metallica ada ambil sikit cerita ni dalam muzik video "One"). Semua cerita menunjukkan keadaan keburukan peperangan. Setelah dikaji banyak filem anti-perang ialah dari negara yang kalah dalam peperangan. Sebagai contoh All Quiet On The Eastern Front, Das Boot ialah dari German. Grave of the Fireflies ialah dari negara Jepun. Kegagalan US di Vietnam, menghasilkan banyak cerita anti-perang berkaitan perang Vietnam. Itu pendapat sayalah. Cerita-cerita ini kebanyakannya disanjung tinggi oleh pengkritik filem. Kebanyakkan cerita sebegini adalah ganas pada waktu yang sama sedih. Ada menunjukkan keadaan mental askar-askar. Ia berbeza dengan filem perang yang lebih mementingkan action dan romance seperti Rambo (Rambo 2 dan seterusnya) dan Pearl Harbor, yang kurang dari segi mesej anti-perangnya, dan tidak menggambarkan keadaan sebenar.

Monday, November 17, 2008

Gambar-gambar daripada Filem Histeria


Saturday, November 15, 2008

HISTERIA Trailer

Saya berjaya masukkan trailer Histeria.

Thursday, November 13, 2008

Histeria! - Coming Soon Disember 18


Sinopsis Histeria-


Filem Seram & Ganas Histeria ini telah diadun mengikut acuan dan unsur mistik melayu “Hantu Raya”. Hantu Raya dikatakan sebagai ketua segala hantu dan yang paling menggerunkan.

HISTERIA mengisahkan enam orang pelajar Murni (Liyana Jasmay) Alissa (Scha), Tini (Talya), Marina (Ainul Aishah), Junita (Yuhana) dan Kerek (Norish) ‘The Pink Ladies’ di sebuah sekolah terpencil. Tini berpura-pura disampuk makhluk halus, hingga terpaksa dipanggil bomoh (M. Rajoli) untuk memulihkan mereka namun mendatangkan kemarahan bomoh itu apabila mengetahui ianya sekadar permainan oleh mereka. Tindakan itu menyebabkan mereka di denda tinggal di blok lama sekolah selama seminggu.

Kehadiran Zeta (Reana) untuk memastikan mereka menyelesaikan denda secara tiba-tiba dalam kumpulan tersebut juga menjadi tandatanya.

Pelbagai kejadian misteri dan menakutkan dialami oleh mereka bermula selepas Junita mengambil “sesuatu” yang bukan miliknya yang ditanam oleh tukang kebun (Kazar). Kehilangan Junita menjadi permulaan cerita. Keadaan tambah bercelaru dan mengerikan apabila seorang demi seorang daripada mereka dibunuh secara kejam di kawasan sekolah tersebut.

Murni yang terselamat dari kejadian tersebut dan dituduh oleh pihak polis sebagai pembunuh menceritakan siapa sebenar yang membunuh kawan-kawannya. Apakah yang sebenarnya berlaku? Siapakah yang membunuh mereka? Nantikan tayangan filem ‘Histeria’ di pawagam berhampiran anda.

Mungkin anda adalah sasaran berikutnya……











-Takutnya aku. Takut. Baca sinopsis je dah takut. Aku tengah menaip post ini dalam selimut. Eh, bunyi apa kat luar tu?



Wednesday, November 12, 2008

Skrip Pertama Aku - Amin Si Pembunuh

Saya telah siapkan skrip pertama aku iaitu Amin Si Pembunuh. Ia sebuah filem cereka aksi drama yang mengisahkan seorang pelajar pengecut dan sering dibuli, membantu dan menyembunyikan
seorang pembunuh upahan yang cedera di sekolah asramanya. Ia skrip pertama saya jadi, ia mungkin tidak best sangat. Tetapi saya dah buat sebaik yang mungkin. Versi awal skrip tersebut dihantar ke Pertandingan Penulisan Skrip 2008. Banyak inspirasi ialh daripada pengalaman sekolah saya dulu. Untuk lebih menarik saya gabungkan pengalaman saya dengan filem-filem lain seperti Platoon, Desperado, Fistful of Dollars, Star Wars, dan Samurai X (anime). Kalau nak baca ringkasan skrip tersebut bolehlah bagi email kepada saya.

Menonton cerita lama lagi best

Sekarang ni ramai orang ke wayang untuk menyaksikan filem-filem terbaru. Tetapi nak ke wayang susah kerana kena pergi dengan kawan. Tanpa kawan rasa macam janggal. Nak cari kawan yang ada citarasa sama susah juga. Semua nak tengok cerita blockbuster hollywood. Orang paling susah nak tengok wayang ialah orang single (macam saya). Tidak dapat dinafikan ramai menonton wayang bersama pasangan mereka. Nak ke pegi ke tempat wayang. Nak kena beratur beli tiket. Kalau filem yang kita nak dah penuh kena tunggu lagi atau kena tengok cerita lain. Kena bayar 10 ringgit untuk tiket (VCD original pun RM10, boleh tengok banyak kali, kalau tak suka boleh jual kat orang lain). Kebanyakan info yang ada pasal filem tersebut ialah daripada promosi dan trailer. Kalau cerita tak best rasa macam rugi.

Oleh itu saksikanlah cerita-cerita lama. Cerita lama, kita boleh pastikan yang kita tengok itu ramai orang suka. Tak perlu ada pasangan. Nak rasa macam wayang belilah high end projector dan surround sound.

Thursday, November 6, 2008

Max Payne

Saya pegi tengok cite ni selepas, tengok trailer. Trailernya nampak hebat.
Yang sebenarnya tidaklah hebat sangat , dan tidaklah teruk sangat. Mungkin sederhana.
Saya suka mood dalam filem ini, sebab banyak shotnya adalah hebat. Ceritanya pada peringkat awal OKlah tetapi semakin lama, ia semakin mengelirukan. Pada pendapat saya, lakonon Mark Wahlberg adalah cukup bagus. Aksinya hebat, tetapi terlalu sikit. Saya tak suka ialah ending. Ending langsung tidak memuaskan.

Tuesday, November 4, 2008

Terlalu Banyak Penggunaan Efek CG dalam filem

Awal-awal memang minatlah filem yang banyak guna efek. Tetapi sekarang ni filem (Hollywood) terlalu mementing efek. Dan banyak juga yang tidak realistik. Sekarang ni semua movie blockbuster mesti pakai CG. Kalau pakai CG , ia dapat dikesan. Movie terkini seperti Spiderman, Ironman boleh dikesan scene manakah yang pakai CG. Jika dibandingkan dengan movie Jurassic Park yang dibuat 15 tahun yang lalu, saya tak boleh bezakan yang manakah yang CG dan yang manakah animatronics (robot).