Kawan-kawan Pak Akir ialah filem cereka bergenre Sains Fiksyen/Drama yang mengisahkan Khair, remaja lelaki 14 tahun remaja yang lari dari rumah setelah mendapat keputusan rendah, bertemu dengan seorang lelaki tua dipanggil Pak Akir yang mencipta kawan-kawan robot untuk menemani dirinya.
Aku sedang menulis skrip ini. Harap beri komen.
EXT.JALAN KAMPUNG-DAY
Hari mendung dan semakin gelap, awan hitam bergerak menutup matahari. Khair, remaja lelaki 14 tahun memikul beg galas berdiri di tengah-tengah suatu jalan kampung yang sunyi. Di kiri dan kanannya ialah semak-samun. Khair mendongak ke atas risau di mana dia akan mencari tempat berteduh. Dia menoleh ke belakang, semakin menyesal keputusannya untuk lari dari rumah.
Satu titisan hujan jatuh ke permukaan jalan. Diikuti pula beberapa titisan lain. Tiba-tiba terbunyi kucing bermeow. Khair memandang ke bawah untuk melihat seekor kucing di kakinya. Khair senyum sambil menggosok badan kucing tersebut.
Kucing itu lari ke suatu lorong jalan dan berhenti. Ia memandang ke arah Khair dan bermeow seolah-olah ia suruh Khair ikutnya. Khair mengambil keputusan untuk mengekorinya. Selepas beberapa minit mengejar kucing itu, maka terjumpa suatu papan tanda bengkok dan buruk yang ditulis "SURAU" dan ditunjukkan arah surau tersebut.
Hujan turun dengan renyai-renyai. Khair menoleh ke arah kucing kembali. Kucing itu seolah-olah menunggu Khair untuk mengikutinya. Akhirnya kucing itu sampai ke sebuah surau.
Khair terhenti memeriksa keadaan surau yang kelihatan lebih kepada masjid, dengan saiznya besar dan dihias cantik. Kucing telah mehilangkan diri. Khair melangkah masuk ke dalam surau yang sunyi.
EXT.SURAU-DAY
Khair bersila bersandar ke dinding surau, lega mendapat tempat untuk berteduh dari hujan. Mukanya yang basah disapu tuala dari begnya sambil melihat hujan yang semakin lebat melalui tingkap surau.
KHAIR (VO)
Patutkah aku buat begini? Patutkah aku lari?
Ingatannya kepada apa yang berlaku sebelum ini. Sebelum dia melarikan diri. Matanya semakin berat penat dari berjalan jauh.
FLASHBACK TO:
To be continued.
Hakcipta terpelihara. Memandangkan ia cerita sains fiksyen drama kebarangkalian orang nak ciplak skrip ini adalah rendah. Ia memerlukan kos yang tinggi, dan penonton di Malaysia kurang minat genre ini, dan lebih gemar cerita cinta, komedi, atau hantu (pada pendapat sayalah).
Cerita ini boleh dikelaskan dalam genre yang sama seperti filem AI, DARRYL, SIMONE, Bladerunner.