Saturday, September 12, 2009

Cerita Komedi Slapstik Pendek Aku

Walaupun pada hakikatnya saya ingin menghasilkan suatu karya yang sirius, membuat penonton berfikir, melihat dunia dari perspektif berbeza, menyentuh jiwa, suatu yang unik, suautu yang realiti tetapi fantasi,suatu yang mengubah hidup, menjadi inspirasi, suatu simbolik,realis tetapi dramatik, suatu titik keinsafan.

Bila dah ada nama tu, oklah. Biasalah, kalau kenal orang dalam baru boleh senang jual cerita. Sekarang ni aku buat dulu cerita slapstik komedi. Semua jenis genre nak kena tahu buat. Nak hidup, beb.

Tuesday, August 11, 2009

Bengkel Penulisan Skrip 15 Ogos 2009

Bengkel Dari Idea ke Skrin

Ketahuilah cara membaca skrin, asas skrip TV,watak skrin dan memasarkan skrip TV

Masa: 9pg - 5 ptg, Sabtu 15 Ogos 2009
Bayaran: RM10-bukan ahli, percuma-ahli Persatuan Karyawan Malaysia
Pemudahcara: Radhi Khalid, Mat London, Ambiaq & Major Zainal

Peluang untuk mendaftar sebagai ahli Persatuan Karyawan Malaysia dan mendaftarkan skrip anda dalam bank skrip Persatuan Karyawan Malaysia.

Sila mendaftar dengan menghubungi Persatuan Karyawan Malaysia di 03-79552967

Wednesday, July 29, 2009

Filem Sains Fiksyen Sirius- District 9, Coming Soon

Filem sains fiksyen yang sirius kurang mendapat sambutan kalau dibandingkan dengan yang mementingkan aksi. Filem District 9 yang akan mula ditayangkan 14 Ogos 2009, boleh diklasifikasi sebagai sains fiksyen. District 9 mengandungi jalan cerita yang agak unik iaitu sekelompok makhluk asing menjadi pelarian di bumi. Dari apa yang boleh didapati dari web filem ini boleh dikelaskan sebagai sains fiksyen sirius. Mungkin ia membincangkan isu semasa dalam bentuk sains fiksyen. Ini berbeza dengan filem yang terlalu lebihkan kepada aksi seperti Terminator Salvation dan Transformers Revenge of the Fallen. Filem ini mungkin sama dengan filem Knowing yang baru ditayangkan tahun ini.

Filem sains fiksyen sirius mengajak anda berfikir. Ia boleh jadi suatu kritikan sosial atau suatu falsafah. Mungkin ia suatu isu yang realiti ditopengkan dengan sains fiksyen. Konfliknya bukan saja fizikal tetapi juga mental. Seperti dalam filem Gattaca, patutkah manusia menggunakan kejuruteraan genetik. Dalam Jurassic Park, patutkah dinosour dihidupkan semula. Dalam Matrix, patutkah anda hidup normal dalam dunia matrix atau menjadi bebas tetapi dalam dunia peperangan. Kesudahannya memberi jawapan kepada semua persoalan.

District 9 official website: www.district9movie.com/

Tuesday, July 28, 2009

DARI IDEA KE SKRIN : Bengkel Kaedah Asas Menulis & Memasarkan Skrip TV

DARI IDEA KE SKRIN
Bengkel Kaedah Asas Menulis & Memasarkan Skrip TV

TARIKH
15 Ogos 2009

MASA
9.00 pagi - 5.00 petang

BAYARAN
RM10.00

TEMPAT
BALAI SENI LUKIS NEGARA
2 JALAN TEMERLUH, TITIWANGSA, 53200, KL

PENYERTAAN
TERBUKA KEPADA SEMUA YANG BERMINAT MENULIS SKRIP
(BERPENGALAMAN ATAU TANPA PENGALAMAN)

OBJEKTIF
MEMAHAMI APA ITU SKRIP/SKRIN
MEMBEZAKAN PENULIS BIASA DENGAN PENULIS SKRIP/SKRIN
MENTERJEMAH IDEA KE VISUAL
LANGKAH DEMI LANGKAH MEMASARKAN SKRIP MELALUI INTERNET
MENGABUNGKAN SEMUA PENULIS SKRIP DALAM SATU BUMBUNG

BERMINAT SILA HUBUNGI
PERSATUAN KARYAWAN MALAYSIA
NO.60 JALAN 19/3,
46300 PETALING JAYA
SELANGOR
(T) 03-79552967 (F) 03-79573546


MAKLUMAT LANJUT, SILA LAYARI :
http://karyawan.com.my/index.php?option=com_content&view=section&layout=blog&id=15&Itemid=84

Sunday, July 26, 2009

Opening Night Pementasan Lorong Blues





Tak sangka. Pada tahun lepas tak sangka yang saya akan ada di sana. Pada malam 24/7/09 ialah kali pertama menonton pementasan di Stor Teater DBP. Bidang teater merupakan suatu yang baru bagi saya. Walaupun saya sebahagian dari krew produksi kumpulan teater STEFANI bagi pementasan Lorong Blues, saya baru saja mendalami bidang seni tersebut pada tahun ini. Banyak yang ku pelajari, ramai yang ku kenali. Setiap pengalaman adalah unik dan menarik. Mungkin saya akan tulis tentang bidang teater ini. " Itu mungkin saja"...satu line dari skrip Lorong Blues. Tahniah kepada pengarah, pelakon, dan krew. Terima kasih kepada para hadirin yang menyaksikan pementasan.

Friday, July 24, 2009

TEATER STEFANI: LORONG BLUES



Malam ini ialah opening night untuk pementasan arahan Pn. Hajah Fauziah Nawi bertajuk Lorong Blues. Tempahan tiket untuk opening night sudah pun SOLD OUT. Untuk tempahan tiket sila lihat maklumat di bawah.

PERSEMBAHAN " LORONG BLUES " BERMULA 24 JULAI 2009 - 7 OGOS 2009...
KARYA DAN ARAHAN PN. HAJAH FAUZIAH NAWI
BERTEMPAT DI STOR DBP
WAKTU 9:00PM-10:30PM
TIKET RM30.00 (DEWASA)
RM20.00 (STUDENT)

Rm4,000.00 per nite ++ refreshment ( 80 orang )

UNTUK TEMPAHAN 1 MALAM = RM4,000.00 ++ REFRESHMENT

PERTANYAAN : 012-6170697 (FARAH)
012-2429621 (CHIE)

EMAIL: sanggarstefani@gmail.com
ifarahahmad@yahoo.com

Monday, July 20, 2009

Teater Fauziah Nawi : Lorong Blues



Sanggar Teater Fauziah Nawi (STEFANI) akan mementaskan teater bertajuk Lorong Blues.

TAJUK: LORONG BLUES
TARIKH: 24HB JULAI - 7HB OGOS 2009
TEMPAT: STOR TEATER DBP
TIKET: RM30 (DEWASA)
RM20 (PELAJAR)

-Sinopsis:Beberapa watak bersembunyi dari polis di suatu lorong, setiap watak mempunyai cerita mereka tersendiri.
-Berbeza dari persembahan di Istana Budaya, pementasan ini membolehkan penonton duduk sangat dengan pentas.
-Setiap persembahan dihadkan kepada 80 orang, jadi ia lebih esklusif.

Tuesday, July 14, 2009

Bank Skrip Persatuan Karyawan Malaysia

Persatuan Karyawan Malaysia baru saja melancarkan bank skrip bagi menyenangkan para penulis skrip menjual skrip mereka serta melindungi skrip mereka dari diciplak. Berikut adalah beberapa kelebihan bagi penulis skrip memasukkan dalam bank skrip:

-Tempat menyimpan hasil karya skrip/skrin yang selamat, murah, sistematik dan berkesan.

-Tempat rujukan bagi tujuan perundangan, perundingan dan pemasaran.

-Tempat yang membantu memasarkan hasil karya skrip/skrin secara global.

-Tempat yang bakal menjadi bahan rujukan dan jualan hasil karya skrip/skrin.

-Tempat di mana setiap hasil karya skrip/skrin di pamirkan secara global. (Hanya Tajuk, Genre, Tag Line Dan Log Line akan di pamirkan, proposal & Skrip Penuh hanya akan diberikan setelah mendapat kebenaran Penulis Skrip/Skrin terlebih dahulu)

-Tempat menyimpan hasil karya dan akan di gunapakai oleh penghasil karya sebagai bahan bukti bilamana terdapat permasalahan perundangan, keraguan hasil karya atau,dan ciplak hasil karya.

Setiap skrip yang didaftarkan dikenakan bayaran RM10. Untuk keterangan lanjut sila layari laman web Bank Skrip Persatuan Karyawan Malaysia di http://karyawan.com.my/bps/. Sempena dengan pelancaran Bank Skrip, Persatuan Karyawan akan mengadakan Bengkel Satu Hari Asas Penulisan Skrin pada bulan Ogos. Kepada siapa berminat untuk menyertai bengkel tersebut sila hubungi saya di email ini: azhar.b.azmi@gmail.com.

Tuesday, June 2, 2009

Cerita Pendek: Si Jutawan & Si Penulis

Berikut adalah suatu cerita teladan yang aku tulis.


Si Jutawan & Si Penulis


Pada suatu hari, hidup dua rakan berjiran. Satu ialah seorang jutawan dan satu lagi ialah seorang penulis. Si jutawan berkerja keras untuk mengumpul duit sehingga dia berjaya mendapat gelaran jutawan. Si penulis mempunyai duit tidaklah banyak sangat. Dia juga berkerja keras, tetapi untuk mendapat gelaran penulis.

Suatu hari kedua -dua mereka rumahnya dirompak. Separuh dari harta Si jutawan dirampas perompak. Si penulis pula, hampir semua hartanya diambil. Hanya cukup untuk hidup sahaja.

Beberapa hari selepas kejadia tersebut mereka berjumpa. Si penulis melihat Si jutawan lebih sedih dari dirinya.

Si Penulis:

Wahai kawan, kenapa kamu teramat bersedih dari aku.


Si Jutawan:

Kenapa tak sedih, separuh harta aku diambil.


Si Penulis:

Kenapa perlu sedih, separuh sejuta pun masih banyak lagi. Aku pula, hampir semua harta aku diambil.


Si Jutawan:

Aku bekerja keras untuk harta itu. Sekelip mata hilang begitu sahaja. Ada suatu benda yang teramat berharga diambil dari aku, yang tidak diambil dari kau.


Si Penulis:

Apakah itu?


Si Jutawan:

Gelaran. Engkau masih lagi ada gelaran penulis. Aku... aku hanya bergelar bekas jutawan.


Si Penulis memahami kenapa dia tidak sesedih Si (bekas) Jutawan. Hanya dirinya sendiri berhak menentukan samada dia penulis. Pangkat, jawatan dan darjat boleh ditarik balik bila-bila masa. Harta boleh hilang dalam sekelip mata. Cerita seorang penulis dapat kekal lamanya. Wang dan harta tidak boleh dibawa ke kubur, tetapi perbuatan, jasa, dan amalan kita akan sentiasa disisi kita di mana jua.

Tamat.

Azhar Azmi

Saturday, May 16, 2009

Kesan Filem kepada Masyarakat

Banyak kritikan terhadap filem seperti Bohsia, Rempiit dan lain-lain. Ini membuatkan aku risau untuk menulis skrip. Setiap ayat, setiap perkataan, setiap huruf mempunyai pengaruh yang besar terhadap masyarakat. Adakah skrip yang aku tulis akan menyebabkan seseorang itu dipenjara? seseorang itu cedera? seseorang itu meninggal dunia? Kuasa yang ada pada penulis skrip lebih besar daripada Perdana Menteri. Walaupun niat untuk membuat kritikan sosial, tetapi bagi setengah orang ia dianggap lain. Macam aku tengok cerita perang seperti Platoon dan lain-lain. Masa kecil seronok tengok aksi peperangan. Tetapi bila dah dewasa aku sedar rupanya ia menunjukkan kesan negatif peperangan.

Tuesday, May 5, 2009

Ujibakat Pilih Kasih

Pilih Kasih ialah rancangan realiti Rosyam Nor untuk mecari bakat-bakat baru dalam bidang lakonan. Ujibakat telah diadakan di Plaza Alam Sentral Shah Alam pada 3hb Mei 2009.

Sekali lagi saya mengikut kawan-kawan ke ujibakat rancangan realiti. Melihat kawan-kawan bersemangat untuk ujibakat saya juga terikut-ikut. Pukul 8 pagi kami dah ada kat sana. Saya ambil keputusan untuk ujibakat sekali. Tetapi bila dah beratur panjang-panjang. Bila dah beli kad i-Talk (orang yang masuk ujibakat kena beli kad i-Talk, taktik buat duit). Bila beratur dah hampir sampai ke kaunter pendaftaran. Bila dah baca senario yang perlu dilakonkan. Barulah saya ingat, saya ni bukanlah seorang pelakon dan terus keluar dari barisan yang panjang itu.

Aku seorang penulis. Hidup yang high profile sebagai pelakon bukanlah hidup aku. Aku cuma ke sana untuk mencari inspirasi menulis. Untuk merasakan suasana ujibakat, untuk merasakan semangat para pelakon, untuk merasakan perasaan para pelakon menghadapi ujibakat, untuk mengetahui apa yang membuat mereka memilih impian tersebut. Mungkin aku akan menulis mengenai bidang ini. Menulis apa disebalik suatu lakonan itu.

Sebagai seorang penulis, saya boleh ada lagi kehidupan biasa. Walaupun kehidupan itu membosankan. Di luar bidang penulisan skrip dan lakonan, hanya 1-2 orang tahu yang aku seorang penulis. Semua orang kenal pelakon, tetapi siapa kenal penulis.


Saturday, April 25, 2009

Review Teater Mahsuri



Tarikh : 24 - 30 April 2009
Masa : 8.30 Malam
Tempat: Panggung Sari, Istana Budaya
Harga Tiket: RM30, RM50, RM70 & RM100

SINOPSIS
Mahsuri gadis cantik kelahiran Langkawi, dara pingitan Pandak Mayah dan Cik Alang. Cantik jelitanya menjadi buah mulut dan kecemburuan terutamanya kaum wanita. Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan, iaitu Wan Darus, adik kepada wakil Sultan di Langkawi, Wan Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.

Hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Darus keluar meninggalkan Langkawi untuk berperang dengan tentera Siam. Sepeninggalan beliau, Mahsuri tinggal bersama ibu bapanya. Deramang, seorang kembara telah singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi dan ibu bapa Mahsuri, sehingga mempelawa Deramang tinggal dirumahnya. Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, kakak iparnya...

REVIEW
Ini first time buat review untuk teater, setelah baru-baru ini diperkenalkan kepada seni teater oleh kawan-kawan dari kumpulan Teater Stefani. Best juga cite ni, mula-mula agak slow, bahagian tengah-semakin semakin rancak. Bahagian awal lebih kepada adegan-adegan komedi. Banyak scene action silat. Scene bilik tidur pun ada, tapi pandai cover. Skill lakonan agak baik, lebih baik dari TV. Memang orang kata pelakon teater lagi pandai berlakon dari pelakon TV. Lakonan Vanidah Imran bagus terutama dekat-dekat ending. Kesimpulannya best (mungkin sebab ini first time tengok teater kat IB). Recommended 4/5 stars.

Tuesday, April 21, 2009

Ujibakat Anak Wayang kat Shah Alam

Anak Wayang ialah suatu rancangan realiti Astro untuk mencari bakat baru dalam bidang lakonan. Hari Sabtu dan Ahad (18/4/09-19/4/09), saya pergi ujibakat Anak Wayang Astro di Shah Alam. Pergi temankan kawan sahaja. Tak layak jadi pelakon. Ramai gile orang. Datang pukul 7 pagi semata-mata risau tak dapat nombor. Daripada pendapat orang-orang kat sana skill berlakon bukan dititikberatkan untuk pemilihan. Bukan pendapat saya tu. Saya sekadar pemandu dan penjaga beg semasa kawan2 menghadapi sesi ujibakat.

Sunday, March 15, 2009

Animasi Jepun: Toradora!

Toradora ialah sebuah animasi bergenre romantik komedi yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah menangah di Jepun. Saya memang tak suka romantik komedi. Tetapi kualiti cerita ini membuatkan saya terikut. Ia mengisahkan watak utama Ryuj Takasu, seorang lelaki yang kelihatan macam gangster, bertembung dengan Aisaka Taiga, seorang pelajar perempuan kelihatan comel dengan badannya yang kecil. Antara kelebihan cerita ini ialah watak-wataknya adalah unik dan tidak disangkakan. Contohnya watak yang comel merupakan panas baran, watak yang ganas merupakan baik hati. Ada sebab perwatakan mereka sedemikian, dijelaskan dalam backstory masing-masing. Perwatakan ditunjukkan bukanlah yang wataknya yang sebenar. Banyak penggunaan subtext dalam animasi ini. Cerita ini juga elak dari cliché. Suatu yang anda rasa akan berlaku tetapi suatu yang sangat berbeza berlaku. Seorang yang ceria tiba-tiba marah, seoarang yang pemarah tiba-tiba menangis.

Friday, January 30, 2009

Review Filem Changeling

Filem Changeling bunyi macam filem sains fiksyen, tetapi ia sebenarnya filem crime drama dan misteri yang berlaku pada tahun 1930an. Watak utama dalam filem ini iaitu Christine Collins (dilakonkan oleh Angelina Jolie) ia seorang ibu tunggal. Disebabkan dia perlu bekerja menyara anaknya Walter Collins, anaknya ditinggalkan di rumah semasa dia bekerja. Satu hari bila dia balik ke rumahnya anaknya tidak dijumpai dan disyaki diculik. Satu hari, Christine menerima berita anaknya dijumpai, tetapi apabila dia bertemu dengan anaknya, Christine mendapat satu kejutan.

Filem ini agak baik. Tetapi pada awalnya jalan ceritanya agak perlahan. Dari segi misteri ia agak kurang juga, kerana banyak didedahkan pada peringkat awal. Apabila hampir kepada separuh filem, ia menjadi lebih menarik. Penonton akan berasa simpati kepada watak Christine. Tetapi ia bukan thriller, jadi tiada scene aksi. Ia lebih kepada drama dan ada banyak scene mahkamah.Sederhana 3/5 Stars.

Visuals/Cinematography - 3/5
Acting - 4/5
Characters - 3/5
Story -3/5

Tuesday, January 27, 2009

Review Filem Sains Fiksyen: X-Files:I Want To Believe

Filem ini ialah filem kedua yang berdasarkan kepada siri TV X-Files yang diterbitkan pada 90an. Pada 90an siri ini agak unik dan popular.

X-Files merupakan pasukan khas FBI yang menyiasat kejadian-kejadian ganjil dan luar biasa. X-Files terdiri dari dua watak utama iaitu Fox Mulder dan Dana Scully. Dalam filem ini X-Files telah dibubarkan dan mereka bukan lagi bekerja sebagai agen FBI. Tetapi mereka dipanggil kembali apabila seorang agen FBI dilaporkan hilang dan mereka hanya boleh bergantung kepada seorang yang mempunyai kuasa psychic untuk mencarinya.

Secara amnya filem ini bagus. Tapi sesetengah peminat X-Files suka dan sesetengah mengharapkan lebih lagi, seperti filem pertamanya. Setiap scene exciting dan sentiasa ada misteri. Kamu tak boleh jangka endingnya tetapi ia bukanlah surprise ending. Kali ini wataknya lebih realistik, sangat realistik. Ia lebih banyak perlu berfikir, bukan sahaja tentang kes yang disiasat tetapi apa hala tuju hidup yang perlu diambil. Ia mempunyai lebih banyak human drama. Recommended untuk peminat X-Files, sains fiksyen, misteri dan filem berfikir. 4/5 Stars

Friday, January 23, 2009

Filem Cereka Sains Fiksyen/Drama :Kawan-kawan Pak Akir (Part 1)

Kawan-kawan Pak Akir ialah filem cereka bergenre Sains Fiksyen/Drama yang mengisahkan Khair, remaja lelaki 14 tahun remaja yang lari dari rumah setelah mendapat keputusan rendah, bertemu dengan seorang lelaki tua dipanggil Pak Akir yang mencipta kawan-kawan robot untuk menemani dirinya.

Aku sedang menulis skrip ini. Harap beri komen.

EXT.JALAN KAMPUNG-DAY

Hari mendung dan semakin gelap, awan hitam bergerak menutup matahari. Khair, remaja lelaki 14 tahun memikul beg galas berdiri di tengah-tengah suatu jalan kampung yang sunyi. Di kiri dan kanannya ialah semak-samun. Khair mendongak ke atas risau di mana dia akan mencari tempat berteduh. Dia menoleh ke belakang, semakin menyesal keputusannya untuk lari dari rumah.

Satu titisan hujan jatuh ke permukaan jalan. Diikuti pula beberapa titisan lain. Tiba-tiba terbunyi kucing bermeow. Khair memandang ke bawah untuk melihat seekor kucing di kakinya. Khair senyum sambil menggosok badan kucing tersebut.

Kucing itu lari ke suatu lorong jalan dan berhenti. Ia memandang ke arah Khair dan bermeow seolah-olah ia suruh Khair ikutnya. Khair mengambil keputusan untuk mengekorinya. Selepas beberapa minit mengejar kucing itu, maka terjumpa suatu papan tanda bengkok dan buruk yang ditulis "SURAU" dan ditunjukkan arah surau tersebut.

Hujan turun dengan renyai-renyai. Khair menoleh ke arah kucing kembali. Kucing itu seolah-olah menunggu Khair untuk mengikutinya. Akhirnya kucing itu sampai ke sebuah surau.

Khair terhenti memeriksa keadaan surau yang kelihatan lebih kepada masjid, dengan saiznya besar dan dihias cantik. Kucing telah mehilangkan diri. Khair melangkah masuk ke dalam surau yang sunyi.

EXT.SURAU-DAY
Khair bersila bersandar ke dinding surau, lega mendapat tempat untuk berteduh dari hujan. Mukanya yang basah disapu tuala dari begnya sambil melihat hujan yang semakin lebat melalui tingkap surau.

KHAIR (VO)
Patutkah aku buat begini? Patutkah aku lari?

Ingatannya kepada apa yang berlaku sebelum ini. Sebelum dia melarikan diri. Matanya semakin berat penat dari berjalan jauh.

FLASHBACK TO:

To be continued.

Hakcipta terpelihara. Memandangkan ia cerita sains fiksyen drama kebarangkalian orang nak ciplak skrip ini adalah rendah. Ia memerlukan kos yang tinggi, dan penonton di Malaysia kurang minat genre ini, dan lebih gemar cerita cinta, komedi, atau hantu (pada pendapat sayalah).

Cerita ini boleh dikelaskan dalam genre yang sama seperti filem AI, DARRYL, SIMONE, Bladerunner.

Tuesday, January 20, 2009

Filem Penderitaan Rakyat Palestin

Dengan peperangan berlaku di Palestin. Saya rasa saya patut senaraikan filem & dokumentari mengenai Palestin. Antaranya ialah berikut:

Children of Shatila (Dir Mai Masri, 1989, 50min)
Two Palestinian children record with video cameras the experience of Shatila, a refugee camp for 15,000 Palestinians and Lebanese that has survived massacre, siege and starvation.

Frontiers of Dreams and Fears (Dir Mai Masri; 2001, 56min)
Award-winning filmmaker Mai Masri traces the delicate friendship between two Palestinian girls.

West Beirut (West Beyrouth) (Dir Ziad Doueiri; 1999, 105min)
About two young boys and how their lives are affected by the Lebanese civil war.

Paradise Now (DirHany Abu-Assad; 2005, 87min)
Two Palestinians are recruited to carry out a suicide bombing in Tel Aviv. But the operation does not go according to plan... Golden Globe Award 2005 for Best Foreign Language Film.

Women Beyond Borders (dir Jean Chamoun; 2003, 58min)
Director Chamoun (with Mai Masri as producer) turns the camera on female ex-inmates of the notorious Khiam prison in southern Lebanon, run by Israel until 2000.

In the Shadow of the City (dir Jean Chamoun; 2000, 105min)
In 1975, 12-year-old Ramli's life is turned upside down when Beirut is segregated into Muslim and Christian sectors. Twelve years later, Ramli is working as an ambulance driver, fighting to get news of his missing loved ones.

Thursday, January 15, 2009

Sinopsis Filem Maut



Sinopsis ‘MAUT’
Karya: Bade Hj. Azmi
Terbitan: Tayangan Unggul

Maut merupakan filem suspen yang terbahagi kepada 3 cerita.

Cerita 1:
Su seorang pelajar, dalam perjalanan pulang dari universiti. Di dalam bas, selain Su, terdapat seorang lagi gadis, Fadilah. Setelah pulang ke rumah, tiba-tiba pintu rumah Su diketuk. Fadilah dalam keadaan basah kuyup meminta bantuan untuk menumpang teduh. Oleh kerana malam semakin larut, hujan lebat dan Fadilah telah diragut, Su mengizinkan Fadilah bermalam di rumahnya.

Keesokan hari, Su dapati Fadilah telah tiada. Di kaca televisyen, berita kehilangan Fadilah ke udara. Berjayakah Su merungkai misteri kehilangan Fadilah? Apa terjadi kepada Fadhilah ?

Cerita 2:
Farah, pramugari yang mengamalkan cara hidup bebas. Farah berkahwin dengan Duke, seorang jejaka Inggeris. Setelah Farah pulang daripada penerbangannya, mereka mengadakan parti meraikan perkahwinan mereka. Namun ketika di parti tersebut, Farah cemburu apabila Duke kelihatan intim dengan seorang perempuan lain. Mereka bergaduh besar dan Farah keluar meninggalkan Duke. Apakah kesudahan yang berlaku pada Farah dan Duke? Mampukah mereka mempertahankan rumah tangga mereka? Adakah Farah terus hanyut dengan gaya hidup bebas penuh kebaratan?

Cerita 3:
JJ, seorang lelaki muda yang telah hilang pegangan agamanya. Tattoo menghiasi badannya, muzik black metal memenuhi halwa telinganya. Teguran ibu dan kakaknya diambil ringan. Satu malam, selepas pulang daripada menghadiri konsert Black Metal, JJ dan kawan-kawan terlibat dalam kemalangan. JJ cedera parah. Apakah yang berlaku pada JJ seterusnya?

Nantikan tayangan filem Maut mulai 15 Januari 2008 …

Senarai Pelakon:
Liyana Jasmay
Sabrina Hassan
Que Haidar
Siti Shahrizah (Eja)
Hasnul Rahmat
Hamidah Wahab
Awal Ashaari
Nana Era
Syarizad Ibrahim (Sherry)
Diana Daniella
Mohamad Bathich
Raja Farah
Noreminadiya (Emy Nadia)
Reza Era
Mohd Khardanie Anuar (Danny X-Factor)

dan lain-lain lagi...

Wednesday, January 7, 2009

Review Filem Maut

Memandangkan aku hanya menonton 10 minit sahaja filem tersebut tak dapatlah aku meng-reviewnya. Masa tayangan previewnya orang terlalu ramai sangat takde seat lagi. So saya pegi shopping. Secara ringkasnya ia filem suspense yang mempunyai 3 cerita dalam satu. Coming soon 15 Januari 2009.

Saturday, January 3, 2009

Anime (Animasi/Kartun Jepun)

Aku buat blog ini bukan untuk bincangkan filem sahaja, tapi juga untuk bincangkan tentang siri TV, DVD, dan animasi. Seperti orang lain, aku kecil-kecil dulu tengok kartun. Masa awal-awal masuk universiti aku dah berhenti tengok kartun. Ini sebab kalau nak tengok TV kena beli TV kad untuk pasang kat PC. Time universiti satu-satunya hiburan yang ada ialah VCD movie (pirate). Jadi aku tak tengok lagi kartun. Tapi masa ramai kawan-kawan yang tengok anime atau animasi Jepun. Pada masa itu aku cuba ikut, pada mulanya tak lekat. Mungkin sebab matanya besar macam terlalu comel sangat.

Masa itu aku ada pergi ke event aspirasi filem dimana ia tayangkan Leftenan Adnan dan forum dengan pengarah Andaman Salleh. Disitu disebutkan bahawa Akira Kurosawa ialah salah seorang pengarah terbaik sedunia. Masa itu aku tak tahu siapa itu. Sebelum ni aku tengok cerita Hollywood je. Masa itu susah nak dapat cerita-cerita pelik macam itu. Tapi aku dapat tahu dia buat filem berkenaan samurai (Seven Samurai) yang dikatakan filem terbaik dalam sejarah. Masa itu kat Astro ada cerita animasi Samurai X (Rurouni Kenshin). Aku fikir kalau Jepun boleh filem terbaik, animasinya mungkin best juga. Anggaran aku tepat, bila aku mula menonton Samurai X. Ia merupakan cerita pertama aku betul-betul ikut. Pada masa yang sama di U aku bermulalah zaman DVD. DVD pirate berleluasa, bermacam-macam cerita termasuk anime. sekarang ini cerita anime yang tonton terlalu banyak untuk aku ingat. Antaranya berikut:

Rurouni Kenshin (Samurai X)
Samurai Champloo
Ghost in Shell
Ghost in Shell 2
Akira
Jin-Roh Wolf Brigade
Metropolis
Paprika
Appleseed
Cowboy Bebop
Neon Genesis Evangelion
Kino's Journey (Kino No Tabi)
Gantz
Blood+
Ninja Scroll
Elfen Lied
Blue Gender
Requeim from the Darkness
Gungrave
Hellsing
Ergo Proxy
Berserk
Paranoia Agent
Welcome to the NHK
Serial Experiments Lain
Texhnolyze
Armitage the Third
Memories(Short Compilation)
Tokyo Godfathers
Claymore
Love Hina
Saikano (She the ultimate weapon)
Chobits
xxxHolic
Kannagi
Toradora!
Haibane Renmei
Ouran High School Host
Fruits Basket
Red Garden
Jigouku Shoujo(Hellgirl)
Sargent Keroro (hehehehe)

Aku tak tahu kenapa aku minat cerita yang orang lain tak minat.